Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penerbangan Komersial Paling Singkat Di Dunia

Penerbangan komersial terpendek di dunia berlaku di antara dua kepulauan iaitu Kepulauan Orkney, Westray dan Papa Westray, di utara Scotland, dipisahkan oleh jarak hanya 2.7 kilometer.



Logan-Air



Diuruskan oleh Logan Air, tempoh penerbangan secara rasminya hanyalah 2 minit, tetapi di bawah keadaan angin yang ideal, penerbangan itu kadangkala hanya memakan waktu 47 saat sahaja.



Tiket penerbangan pula berharga kira-kira $30 (RM100) bagi setiap penumpang tanpa perkhidmatan dalam penerbangan (in-flight services).



Kira-kira 30 peratus daripada penumpang perkhidmatan itu terdiri daripada mereka yang terlibat dengan perkhidmatan Majlis Pendidikan Kepulauan Orkney



Manakala lain-lainnya adalah kakitangan kesihatan dan pesakit daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Scotland.



Pulau Papa Westray adalah rumah kepada hanya lebih 70 orang, dan 60 tapak arkeologi.



BACA INI JUGA: 8 Lapangan Terbang Paling Menggerunkan Di Dunia!



Logan-Air [2]

Logan-Air [3]

Logan-Air [4]

Logan-Air [5]



Sumber:

http://ift.tt/17KfpMO







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penerbangan Komersial Paling Singkat Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info