Mozilla pada tahun lepas telah mengatakan bakal hadir dengan pelayar web versi 64-bit untuk Windows, dan kini, mereka telah pun melancarkan pelayar web Firefox Developer Edition 38 terlebih dahulu untuk Windows, sekaligus membawakan sokongan 64-bit untuk pelayar web mereka.
Dengan pengenalan versi 64-bit, ia sekaligus membolehkan pelayar web berkenaan mengambil peluang menggunakan pemprosesan yang lebih baik yang dibawakan oleh komputer – sekaligus menjadikan pelayaran web lebih lancar tanpa masalah. Disamping itu, versi 64-bit juga turut menyertakan sokongan sekuriti yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.
Pihak Mozilla juga turut memperkenalkan sejumlah fungsi tambahan khusus untuk pembangun melalui pelayar web versi baru ini.
Jika anda seorang pembangun, anda boleh memuat-turun Firefox Developer Edition ini, dan menggunakannya dalam membangunkan aplikasi berasaskan web yang dioptimasikan untuk pelbagai persekitaran pelayaran.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mozilla Melancarkan Firefox 64-bit Versi Pembangun Untuk Windows"