Pada minggu ini, kad SIM 1Malaysia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, sekaligus menjadi salah satu penawaran telekomunikasi baru di pasaran. Disamping itu, Digi dan UMobile turut mengemaskini beberapa pelan mereka, dan hadir dengan penawaran lebih kompetitif kepada pengguna.
Dalam arena pemprosesan pula, NVIDIA pada minggu ini telah mengumumkan kad GPU NVIDIA GTX TITAN X, dan mereka memasarkannya sebagai kad GPU berkuasa tinggi di pasaran dan menawarkan kualiti grafik yang tinggi kepada pengguna.
Minggu ini juga turut menyaksikan Microsoft mengumumkan beberapa perkara baru untuk sistem operasi mereka, termasuk pengenalan Windows Hello untuk log masuk ke sistem operasi tanpa menggunakan kata laluan, dan turut mengumumkan Windows 10 Technical Preview untuk Xiaomi Mi 4.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – NVIDIA TITAN X, Windows Hello, Sim-Kad 1Malaysia"