Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Bekerjasama Dengan Samsung Dan Dell Untuk Menyertakan Aplikasi Mereka Pada Peranti Android

Samsung ketika pengenalan Galaxy S6 telah sedia memaklumkan yang mana mereka bekerjasama dengan pihak Microsoft dalam menyertakan beberapa aplikasi daripada syarikat perkomputeran berkenaan, dan menawarkannya kepada pembeli peranti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.


Antara aplikasi yang hadir terbina adalah Microsoft Office, Skype, serta ruangan storan percuma OneDrive.


Kini, Microsoft dilihat memperluaskan kerjasama tersebut, dan mengumumkan aplikasi mereka turut akan diperluaskan kepada beberapa peranti lain yang dikeluarkan oleh Samsung pada tahun ini, dan antaranya adalah tablet Samsung.


Selain Samsung, Microsoft turut mengumumkan beberapa rakan kerjasama di beberapa buah negara lain, selain turut mengumumkan aplikasi mereka turut akan hadir terbina pada peranti Android keluaran Dell.


Microsoft dibawah Satya Nadella telah mula memfokuskan lebih kepada penawaran perkhidmatan Microsoft pada pelbagai jenis platform. Kerjasama penawaran ini dijangka akan terus menambah pengguna di platform Microsoft, selain pada masa yang sama menguntungkan pengguna dengan menawarkan mereka akses kepada perisian pejabat popular serta ruangan storan percuma.


Microsoft pada minggu lepas turut telah mengumumkan ROM khusus untuk Xiaomi Mi4, sekaligus membolehkan pengguna Xiaomi Mi4 memasang Windows 10 Technical Preview. Beberapa desas-desus turut mengatakan Microsoft turut akan menawarkan versi seumpamanya kepada lebih banyak peranti, tetapi gergasi perkomputeran tersebut masih senyap berkaitan dengannya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Bekerjasama Dengan Samsung Dan Dell Untuk Menyertakan Aplikasi Mereka Pada Peranti Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info