Canonical dan Meizu telah hadir dengan teaser beberapa kali sebelum ini untuk pelancaran telefon pintar Meizu MX4 berasaskan Ubuntu Phone. Kini, pada Mobile World Congress 2015, kedua-dua syarikat bekerjasama dan memperlihatkan telefon pintar berkenaan kepada umum, sekaligus memperlihatkan sistem operasi Ubuntu Touch yang telah dikemaskini.
Dari segi telefon pintar tersebut sendiri, ia menggunakan spesifikasi yang menyerupai versi Android, iaitu skrin bersaiz 5.36-inci, cip pemprosesan MediaTek, kamera belakang 20.7-megapixel daripada Sony, dan beberapa ciri-ciri lain. Pada telefon pintar Meizu MX4, mereka hadir dengan rekaan butang Home pada bahagian hadapan – yang mana tidak berguna untuk sistem operasi Ubuntu Phone buat masa ini. Menurut wakil Meizu, kelak mereka akan menawarkan kemaskini untuk sistem operasi berkenaan untuk mengambil kelebihan butang Home dalam memudahkan pengguna kembali ke halaman utama.
Bagi peranti berasaskan Ubuntu Phone, ia menggunakan sokongan gesture sepenuhnya. Apabila pengguna menatal daripada bahagian kiri, mereka akan diperlihatkan menu dengan aplikasi yang digemari pengguna. Pengguna boleh menambah akses untuk sesuatu aplikasi dengan Favourite ia pada bahagian menu, dan ia akan ditambah pada bahagian kiri peranti ini.
Disamping itu, apabila pengguna menatal daripada bahagian kiri ke bahagian tengah peranti, ia akan membawa pengguna kembali ke halaman utama. Sekiranya pengguna membuka sebarang aplikasi, ia boleh digunakan untuk kembali ke halaman utama atau keluar daripada aplikasi berkenaan.
Pada halaman utama sendiri, mereka membahagikan ke beberapa halaman dengan kandungan tersendiri. Sebagai contoh, dihadapan mereka memperlihatkan kalendar, cuaca, mesej, dan ringkasan berita. Pada halaman-halaman seterusnya, ia dibahagikan mengikut jenis kandungan, termasuk untuk aplikasi, berita, gambar, video dan lain-lain.
Untuk multi-tasking pula, pengguna hanya perlu menatal daripada bahagian kanan peranti ke bahagian tengah dan ia akan memaparkan sejumlah tetingkap yang dibuka dan pengguna boleh menamatkan sesuatu aplikasi atau memilih aplikasi yang ingin diakses mereka.
Ubuntu Phone turut disokong oleh sejumlah besar aplikasi, dan pihak Canonical turut memanggilnya sebagai Scopes yang memudahkan pembangun aplikasi berasaskan web untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna Ubuntu Phone.
Meizu mengatakan mereka akan memasarkan telefon pintar ini di beberapa negara terlebih dahulu, selain turut menawarkannya melalui kedai dalam-talian mereka. Bercakap mengenai pasaran Malaysia, Meizu mengatakan mereka masih tidak boleh memberikan kata putus buat masa ini, tetapi mereka berharap untuk membawa masuk dan menawarkannya di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Dan Canonical Memperlihatkan Meizu MX4 Berasaskan Ubuntu Phone"