Dalam usaha memudahkan para pengguna membuat aduan berkaitan kerosakkan jalan raya, kini Kementerian Kerja Raya telah melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna Android dan iPhone, sekaligus memudahkan lagi proses menyampaikan aduan kepada pihak KKR.
Menggunakan aplikasi berkenaan, ia hadir dengan sokongan geolokasi untuk mengenal-pasti lokasi semasa, selain turut membolehkan pengguna memuat-naik gambar kerosakkan jalan raya menggunakannya. Pengguna boleh memilih untuk merakamkan gambar atau memuat-naik dari galeri menggunakannnya.
Seterusnya, anda akan diminta untuk memasukkan beberapa maklumat seperti jenis kerosakkan, dan seterusnya mengisi butir peribadi sebelum menghantar ia kepada pihak KKR.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iPhone, boleh memuat-turun aplikasi ini dan melakukan aduan kerosakkan berkaitan jalan raya melaluinya, sekaligus memudahkan lagi penyampaian aduan kepada pihak KKR.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
1 Komentar untuk "Kementerian Kerja Raya Malaysia Melancarkan Aplikasi Untuk Membuat Aduan Kerosakkan Jalan Raya"
salam.baguslah kalau buat begini.Sekarang banyak kementerina dah mula pakai applikasi mudah alih agar tindakkan lebih pantas dan mesra rakyat.