Bersama-sama dengan pengumuman HTC One M9 dan juga HTC Grip, pihak HTC turut membuat kejutan apabila mengumumkan kerjasama dengan pihak Valve untuk hadir dengan peranti berasaskan realiti-maya, dinamakan sebagai HTC Vive.
HTC Vive dijana menggunakan teknologi Steam VR untuk membawakan pengalaman realiti-maya yang berbeza dan lebih maju berbanding dengan pengeluar lain.
Steam VR ini dikatakan menawarkan pengalaman Full Room Scale 360, membolehkan anda berdiri, berjalan dan mengalami persekitaran seperti pada dunia nyata dan bukannya seperti beberapa penyedia lain yang sekadar menawarkan pengalaman dengan gerakan kepala sahaja.
HTC Vive ini turut membawakan rekaan yang menarik berbanding beberapa peranti lain. HTC Vive tidak dihubungkan kepada telefon pintar, sebaliknya ia menyertakan kabel untuk dihubungkan ke PC. Sebarang komputer dengan sokongan Steam (Windows, Mac dan Linux) boleh menggunakannya. HTC dan Valve turut menyediakan alat kawalan khusus untuknya bagi membolehkan pengguna untuk mengawal gerakan tanpa perlu bergerak secara fizikal.
HTC Vive Developer Edition akan ditawarkan untuk peringkat awal ini bagi membolehkan para pembangun membangunkan kandungan dan permainan untuknya. Versi untuk pengguna umum akan ditawarkan bermula penghujung tahun 2015 ini bermula di rantau Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan akan diperluaskan ke negara-negara lain pada tahun hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Dan Valve Bekerjasama Untuk Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya – HTC Vive"