Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ford Intelligent Speed Limiter : Kelajuan Kenderaan Dihadkan Automatik Mengikut Papan Tanda

Ford-ISL Kami pernah disaman beberapa tahun yang lalu kerana memandu pada kelajuan 90 kilometer sejam di dalam zon 60 kilometer sejam. Semasa memandu kami tidak nampak langsung papan tanda had kelajuan jalan yang dilalui.Kami terasa seperti dizalimi pada ketika itu. Masalah disaman kerana memandu pada kelajuan yang salah ini akan menjadi perkara silam sekiranya anda memandu kenderaan yang dilengkapi teknologi Intelligent Speed Limiter (ISL).


ISL dibangunkan oleh Ford dan kini digunakan pada kereta Ford S-Max. Kamera yang dipasang pada skrin hadapan kenderaan dapat membaca papan tanda halaju jalan raya. Jika ISL diaktifkan kenderaan secara automatik akan menghadkan kelajuan kenderaan mengikut halaju yang ditetapkan. Ini dilakukan dengan mengurangkan aliran minyak kepada enjin. Had laju maksimum kenderaan boleh juga ditetapkan secara manual oleh pemandu.


Pada masa yang sama sekiranya ada keperluan untuk memandu melebihi had untuk seketika, ISL boleh dipintas dengan menekan pedal minyak dengan lebih kuat. Pada jalan raya yang tidak mempunyai papan had halaju ISL memuat akan memuat turun data dari sistem navigasi GPS bagi memastikan akan tidak akan disaman.


Sebuah lagi sistem pintar yang kami mahu dijadikan standard pada kesemua kenderaan. Semalam kami paparkan sistem lampu pintar Vauxhall yang mengesan mata pemandu. Inovasi yang mahukan seterusnya ialah cermin yang gelap secara automatik apabila cuaca menjadi terlalu panas dan sistem mengurangkan kepanasan di dalam kereta selepas diletakkan di bawah matahari untuk kenderaan di Malaysia. Jika anda bekerja di Proton ataupun Perodua sila bangunkan dua inovasi ini dengan segera sebelum ianya diambil oleh pengeluar kenderaan luar.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ford Intelligent Speed Limiter : Kelajuan Kenderaan Dihadkan Automatik Mengikut Papan Tanda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info