Sembang Maniac

Sembang-sembang je

D Free – Alat Memberi Amaran Awal Untuk Anda Pergi Ke Tandas

D Free


D Free i alah alat yang mengesan pergerakan usus anda dan kemudian memberi amaran untuk anda ke tandas untuk menyahtinja. Alat ini mungkin kedengaran seperti sesuatu yang wujud hanya di dalam dunia TechTroll tetapi sebenarnya tidak. D Free dicipta untuk membantu warga tua, individu lumpuh ataupun mereka yang mengalami mengawal pembuangan air. Alat ini terdiri daripada pengesan yang dipasang pada perut pengguna. Ia kemudian mengesan pergerakan pada usus besar dan pundi kencing. Apabila pergerakan dikesan ia akan menghantar isyarat kepada aplikasi peranti pintar. D Free dapat memberi amaran seawal 10 minit sebelum anda perlu ke tandas. Bagi warga tua dan pengguna kerusi roda D Free akan memudahkan mereka terus mencari tandas dan mengelakkan penggunaan lampin dewasa. Buat masa ini alat ini masih mengumpul dana dan hanya akan dijual di Jepun dan Amerika Syarikat. Sambutan adalah amat menggalakkan di Jepun kerana negara ini mempunyai jumlah penduduk berumur paling tinggi di dunia.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "D Free – Alat Memberi Amaran Awal Untuk Anda Pergi Ke Tandas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info