Mengambil peluang bersempena pelbagai pengumuman peranti di Mobile World Congress adalah pihak BlackBerry, dimana mereka telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai BlackBerry Leap.
BlackBerry Leap hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dan menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. Telefon pintar ini membawakan spesifikasi pertengahan, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon S4 1.5Ghz empat-teras, memori 2GB RAM, dan dilengkapi ruangan storan 16GB. Untuk sistem operasi, ia menggunakan BlackBerry 10.3 yang baru diumumkan.
Pada bahagian belakang telefon pintar ini, kamera 8-megapixel dengan LED Flash hadir dengan sokongan rakaman video 1080p pada kadar 30fps, dan turut menggunakan bateri berkapasiti 2800mAh.
Secara kasar, ia dilihat menyasarkan pengguna muda dan mereka yang baru ingin menggunakan peranti BlackBerry. Harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi, tetapi ia akan menjadi salah satu faktor utama dalam pengguna membuat pilihan sama ada ingin mendapatkan telefon ini ataupun sebaliknya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Sentuh Sepenuhnya Yang Baru – BlackBerry Leap"