Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BenQ B502 – Telefon Pintar Dwi-SIM, Dan Cip Pemprosesan MediaTek Berharga RM499 Di Malaysia

Sejak daripada tahun lepas, BenQ telah mula menawarkan telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia. Terkini, mereka turut bakal mula menjual telefon pintar terbaru mereka, dikenali sebagai BenQ B502 di Malaysia melalui kerjasama dengan pihak SuperBuy. Pra-tempahan untuknya akan bermula daripada 9 Mac ini sehingga 22 Mac ini, dan dijual pada harga RM499.


BenQ B502


BenQ B502


BenQ B502 memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci. Telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6582 dan dilengkapi GPU Mali-400/MP2. Untuk tujuan rakaman gambar, pihak BenQ menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Pada bahagian kamera, pihak BenQ turut melengkapkan ia dengan sokongan perisian khusus, dan salah satunya adalah fungsi popular “Beauty Mode”.


Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 1800mAh. Untuk sistem operasi, BenQ B502 menggunakan Android 4.4 KitKat.


BenQ B502


BenQ B502


BenQ B502


Selain rekaan yang nipis, pihak BenQ turut melengkapkan sokongan dwi-SIM pada telefon pintar ini. Disamping itu, mereka juga turut menawarkan beberapa pilihan warna untuk peranti ini, iaitu hitam, putih, biru dan merah.


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, anda boleh merujuk ke laman Superbuy esok dan membuat pra-tempahan melaluinya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BenQ B502 – Telefon Pintar Dwi-SIM, Dan Cip Pemprosesan MediaTek Berharga RM499 Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info