Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Merupakan Jenama Utama Dalam Pasaran Komputer Riba – Tiga Teratas Dalam Pasaran Telefon Pintar

Asus Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara khas di Malaysia untuk pelancaran produk baru mereka, iaitu Transformer Book Chi dan juga komputer riba Zenbook berasaskan cip Intel Core M. Bersempena dengan acara tersebut, pihak Asus turut mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan syarikat mereka.


Asus Malaysia 2014


Asus Malaysia 2014


Bercakap mengenai kedudukan mereka dalam industri, Asus mengatakan mereka kini menduduki tangga pertama dalam pasaran komputer riba di Malaysia. Angka ini dilihat berdasarkan kepada suku terakhir 2014 yang lepas, sekaligus memperlihatkan Asus menewaskan pesaing lain seperti Lenovo dan Acer.


Disamping itu, Asus turut mengatakan mereka kini menduduki tangga tiga teratas dalam arena telefon pintar – yang mana boleh dikatakan agak mengejutkan, apatah lagi dengan hanya penawaran peranti Zenfone sahaja daripada mereka.


Kami masih kurang pasti siapakah yang menduduki tangga tiga teratas di Malaysia, selain daripada Samsung – dan semestinya kedudukan ini akan terus digunakan oleh Asus dalam menawarkan telefon pintar mampu milik mereka di pasaran tempatan.


Asus Malaysia 2014






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Merupakan Jenama Utama Dalam Pasaran Komputer Riba – Tiga Teratas Dalam Pasaran Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info