Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dikatakan Bakal Hadir Dengan Apple TV Baru Menggunakan Cip A8 – Menyokong Siri Serta AppStore

Apple pada acara yang diadakan pada bulan ini telah menurunkan harga jualan Apple TV dalam usaha menarik lebih ramai menggunakannya. Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Apple bakal memperkenalkan AppleTV baru pada WWDC kelak dengan pelbagai kemaskini baru.


Apple TV baru ini dikatakan bakal hadir dengan sokongan SDK baru, yang membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi dan kandungan yang khusus untuknya. Ini sekaligus akan turut membawa kepada pengenalan AppStore khusus untuknya.


Disamping itu, Apple TV baru dijangka akan menggunakan cip pemprosesan sama seperti pada iPhone 6, iaitu Apple A8, dan membawakan sokongan Siri untuk kawalan serta bantuan berasaskan input suara.


Seperti biasa, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan ini, dan mungkin kita akan dapat melihat ia terjawab pada acara WWDC bulan Jun kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dikatakan Bakal Hadir Dengan Apple TV Baru Menggunakan Cip A8 – Menyokong Siri Serta AppStore"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info