Pada tahun ini terdapat acara serantau bakal diadakan dan Malaysia menjadi hos acara tersebut untuk kali pertamanya. Acara 1 ASEAN Entrepreneurs Summit (1AES) bakal diadakan akhir bulan ini dan Cradle Fund, organisasi yang aktif dalam pendanaan terhadap startup akan mengadakan acara Cradle Buzz pada 19-20 Mac.
Acara Cradle Buzz selama dua hari ini bakal membawakan sesi dialog dan perkongsian dari pelbagai pengasas startup dari Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara. Antaranya pengasas MyTeksi Anthony Tan, pengarah kreatif Animonsta Anas Abdul Razak yang turut serta dalam acara ini. Peserta acara Cradle Buzz juga boleh bertemu dengan ramai lagi pengasas dan penggiat startup serta pelabur secara santai pada acara Cradle Chill & Chat pada hari yang sama.
Acara Cradle Buzz ini akan dilangsungkan disekitar KLCC pada 19-20 Mac dan untuk mengetahui lebih lanjut acara ini anda boleh melayari halaman Facebook Cradle.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acara Cradle Buzz Akan Diadakan Pada Akhir Bulan Ini"