Sembang Maniac

Sembang-sembang je

5 Nahas Pesawat Yang Disengajakan Juruterbang

Beberapa kes nahas pesawat yang dikaitkan dengan tindakan juruterbang atau pembantu juruterbang yang sengaja menyebabkan pesawat yang dipandu mereka terhempas.



Pilot suicide



29 November 2013: Sebuah pesawat Penerbangan Mozambique terhempas di utara Namibia menyebabkan semua 27 penumpang dan enam krew terbunuh. Siasatan awal menjurus kepada tindakan juruterbang yang mengunci pembantu juruterbang di luar kokpit.



31 Oktober 1999: Pesawat EgyptAir, Penerbangan 990 terhempas di Lautan Atlantik selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Semua 217 orang dalam pesawat terbunuh.



Penyiasat AS berkata pembantu juruterbang mematikan bekalan kuasa ke enjin, menyebabkan pesawat menjunam dan mengungkapkan berkali-kali, "Aku berserah pada Tuhan." Pihak berkuasa Mesir bagaimanapun menolak dapatan itu dan mendakwa nahas disebabkan masalah pada bahagian ekor pesawat.



19 Disember 1997: SilkAir, Penerbangan 185 terhempas ke sungai di Indonesia menyebabkan 104 orang dalam pesawat terbunuh. Penyiasat AS mendakwa kapten sengaja membuatkan pesawat terhempas, tetapi penyiasat Indonesia tidak membuat rumusan punca nahas.



21 Ogos 1994: Sebuah pesawat Royal Air Maroc menjunam ke gunung sebaik berlepas dari Agadir, Maghribi. Semua 44 orang dalam pesawat terbunuh. Suruhanjaya siasatan berkata juruterbang sengaja menjunamkan pesawat untuk membunuh diri. Kesatuan sekerja syarikat penerbangan bagaimanapun membantah dapatan itu.



2 Februari 1982: Pesawat Japan Airlines terhempas di Teluk Tokyo ketika berlegar untuk mendarat di Lapangan Terbang Haneda. Seramai 24 daripada 174 orang dalam pesawat terbunuh. Kapten yang disahkan menghidap tekanan jiwa dipersalahkan atas nahas itu.



BACA INI JUGA: Tragedi Charkhi Dadri, Nahas Udara Paling Dahsyat!



Sumber: Reuters







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "5 Nahas Pesawat Yang Disengajakan Juruterbang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info