Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tim Cook : Apple Watch Kelak Akan Menggantikan Kunci Kereta

Apple telah pun sedia menjadualkan sebuah acara khas pada 9 Mac kelak, dimana mereka dilihat mungkin memperkenalkan Apple Watch secara rasminya – dan pada masa yang sama berkongsi pelbagai fungsi akhir yang bakal dibawakan oleh jam tangan pintar mereka.


Kini, melalui sebuah temuramah khusus Tim Cook dengan akhbar Telegraph, beliau mengatakan Apple Watch akan membawakan lebih banyak fungsi kepada pengguna berbanding hanya digunakan untuk tujuan kecergasan, melihat jam mahupun notifikasi sahaja.


Menurut Tim Cook, Apple Watch mungkin akan gantikan kunci kereta elektronik yang digunakan hari ini, sekaligus membawa kepada pengalaman penggunaan peranti berhubung dengan lebih meluas.


Memandangkan pihak Apple sendiri diura-ura bakal membangunkan kenderaan elektronik mereka tersendiri, maka mungkin ini salah satu perancangan mereka untuk masa hadapan.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tim Cook : Apple Watch Kelak Akan Menggantikan Kunci Kereta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info