Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memberikan Petanda Rasmi Untuk Memperkenalkan Xperia Z4 Tablet Pada MWC 2015

Beberapa hari lepas, tertiris gambar memperlihatkan Sony bakal memperkenalkan Xperia Z4 Tablet pada minggu hadapan. Setelah senyapkan diri berkenaan dengannya, hari ini pihak Sony hadir dengan teaser untuk produk baru mereka yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan bersempena Mobile World Congress 2015.


Melalui laman sosial, Sony mengatakan mereka akan hadir dengan produk yang lebih nipis, lebih ringan, dan lebih jelas pada acara berkenaan kelak.


Sony MWC 2015


Mengikut desas-desus sebelum ini, Sony Xperia Tablet Z4 dikatakan akan hadi dengan skrin mencapai resolusi 2K, selain turut menawarka masa bertahan bateri lama serta pelbagai spesifikasi terkini. Tidak mustahil juga untuk kita melihat ia menggunakan sistem operasi Android terkini padanya.


Jadi, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Sony melalui acara MWC 2015 kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Memberikan Petanda Rasmi Untuk Memperkenalkan Xperia Z4 Tablet Pada MWC 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info