Dengan pelbagai jenama di pasaran pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi fokus utama apabila pengguna membeli peranti adalah sokongan kemaskini untuknya. Sejumlah pengeluar telah mula menawarkan kemaskini Android semasa, dan kini dilihat Huawei turut tidak ingin ketinggalan.
Huawei sedia mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini EMUI 3.0 untuk beberapa peranti utama, sekaligus menawarkan beberapa fungsi baru dan juga antaramuka yang selari pada peranti. Kini, Huawei Malaysia telah pun mula mencari beberapa pengguna yang berminat untuk menguji versi beta pada peranti mereka.
Buat masa ini, EMUI 3.0 untuk Ascend P7 masih belum diperkenalkan secara meluas lagi, dan pihak Huawei telah membuka borang pendaftaran khusus untuk pengguna mendaftarkan minat. Dengan ujian beta yang telah dimulakan ini, tidak mustahil untuk kita melihat kemaskini berkenaan hadir untuk semua pengguna Ascend P7 dalam masa sebulan dua lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Malaysia Mula Mencari Pengguna Yang Berminat Menguji EMUI3.0 Pada Ascend P7"