Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hotel Wifi Test : Lihat Kepantasan Internet Hotel Sebelum Menginap

Dahulu keselesaan bilik, keselesaan katil dan mutu layanan kakitangan hotel menjadi kayu pengukur sebelum menempah bilik hotel. Kini kelajuan WiFi di dalam bilik menjadi faktor paling penting sebelum melakukan tempahan kerana penting bagi memudahkan anda memuat naik gambar makanan dan katil hotel selepas melakukan pendaftaran masuk. Kami mengaku akan meletakkan kelajuan WiFi yang baik sebagai kriteria utama sebelum melakukan tempahan kerana keperluan bekerja. Sebelum ini kami perlu membaca ratusan ulasan hotel oleh pengguna sebelum mengetahui kelajuan Wifi yang di hotel-hotel tertentu.Ini memakan masa yang lama dan memenatkan. Kini wujud laman Hotel Wifi Test yang memudahkan proses penyaringan hotel berdasarkan kelajuan internet. Markah diberikan kepada kelajuan internet dan anda turut boleh melakukan saringan hanya untuk hotel yang memberikan perkhidmatan WiFi percuma. Anda juga boleh menyumbang kepada pangkalan data laman ini dengan melakukan ujian kelajuan ketika menginap. Selain laman, Hotel Wifi Test turut muncul sebagai aplikasi untuk platform IOS.


Hotel-Wifi-Test






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Hotel Wifi Test : Lihat Kepantasan Internet Hotel Sebelum Menginap"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info