Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mendapatkan Hak Untuk Nama Akhiran Domain .APP Pada Harga $25 Juta

ICANN telah memperkenalkan sejumlah nama domain dengan akhiran-akhiran baru selain hanya .com, dan .net sebelum ini, dan salah satu daripadanya adalah .APP. Seperti biasa, pelbagai syarikat berlumba untuk mendapatkan hak untuknya, dan kini Google dilihat mendapat hak untuknya.


Google Domains


Dengan pengenalan akhiran domain baru ini, pelbagai syarikat berlumba untuk mendapatkan nama akhiran yang melengkapkan syarikat mereka. Sebagai contoh, Amazon telah mendapatkan domain dengan akhiran .BUY pada harga hampir $5 juta sebelum ini.


Google sendiri telah mempunyai beberapa nama domain dengan akhiran menarik, dan salah satunya adalah .HOW. Google buat masa ini membuka pendaftaran domain dengan akhiran .HOW kepada umum, dan perkara sama juga dijangka untuk .APP.


Buat masa ini, Google masih tidak berkongsi perancangan untuk penggunaan nama domain dengan akhiran .APP, tetapi tidak mustahil untuk mereka turut menggunakan algoritma domain berasaskan akhiran tersebut dalam memudahkan lagi para pengguna menemui aplikasi menarik untuk peranti mudah-alih.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mendapatkan Hak Untuk Nama Akhiran Domain .APP Pada Harga $25 Juta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info