Google hari ini secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi YouTube Kids, membawakan fungsi penstriman video dan kandungan yang khusus untuk kanak-kanak. Aplikasi ini ditawarkan untuk Android dan iOS, tetapi hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini.
Aplikasi ini hadir dengan rekaan mesra kanak-kanak, dimana membawakan saiz imej dan ikon lebih besar dan memudahkan mereka untuk bernavigasi. Disamping itu, pada masa yang sama para ibu bapa turut diberikan dashboard kawalan khusus yang membolehkan mereka menetapkan Timer untuk masa yang dihadkan bagi digunakan oleh anak mereka, menetapkan kekuatan audio, dan menetapkan video-video yang terpilih sahaja dengan mengehadkan carian.
Aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Google akan memperluaskan penawarannya untuk pasaran global, terutamanya Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan YouTube Untuk Kanak-Kanak – Terhad Untuk Amerika Syarikat Buat Masa Ini"