Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Berminat Untuk Membuat Pelaburan Strategik Pada Jawbone?

Jawbone merupakan salah satu pengeluar peranti boleh-pakai yang popular, dan mempunyai beberapa produk dibawah penawaran mereka. Di Malaysia, produknya diedarkan oleh sejumlah rakan kerjasama termasuk Machines, Challenger, Mac City, Mac Studio dan beberapa yang lain.


Mengikut desas-desus terkini, ia dikatakan Google berminat untuk membuat pelaburan strategik pada syarikat tersebut – dan dikatakan pada peringkat perbincangan awal buat masa ini. Ia agak menarik untuk melihat Google hanya ingin membuat pelaburan sahaja dan bukannya ingin mengambil-alih syarikat tersebut secara keseluruhan. Beberapa minggu sebelum ini, Google turut telah membuat pelaburan pada syarikat SpaceX.


Jika hal ini benar, berkemungkinan juga pihak Google melihat kepada pelaburan sahaja dan bukannya pengambil-alihan supaya tidak memberikan kesan langsung kepada rakan kerjasama mereka yang lain dalam pengeluaran peranti.


Pelaburan daripada Google ini juga dijangka akan dapat membantu Jawbone dalam akses kepada beberapa perkara selain daripada kewangan.


Kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen buat masa ini berkenaan dengan perkara ini, tetapi Jawbone dilihat sedang mencari beberapa pelabur baru untuk syarikat mereka.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Berminat Untuk Membuat Pelaburan Strategik Pada Jawbone?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info