Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Note Dilancarkan – Peranti Flagship Terbaru Daripada Xiaomi, Dengan Rekaan Nipis

Xiaomi hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru, dinamakan sebagai Xiaomi Mi Note. Secara kasarnya, ia dibandingkan dengan peranti Apple iPhone 6 Plus, dimana Mi Note ini merupakan telefon pintar dibawah keluarga flagship, berbeza dengan telefon pintar dibawah keluarga Redmi Note.


Mi Note


Xiaomi Mi Note


Xiaomi Mi Note


Xiaomi Mi Note


Xiaomi Mi Note


Ia membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD penuh. Pihak Xiaomi mengatakan ia telah meningkatkan paparan warna dan juga kontras, sekaligus menawarkan warna skrin yang amat baik berbanding pelbagai peranti lain di pasaran. Seperti beberapa peranti lain, paparan skrin Xiaomi Mi Note akan dioptimasikan berdasarkan kepada pencahayaan persekitaran. Beberapa mod tambahan turut disertakan memfokuskan kepada skrin, termasuk antaranya adalah sokongan Reading Mode dan juga One Hand Mode.


Pada bahagian belakang, pihak Xiaomi melengkapkan ia dengan kamera 13-megapixel dengan sokongan OIS, membolehkan anda merakamkan gambar yang jelas walaupun pada beberapa keadaan cahaya. Pihak Xiaomi mengatakan mereka menyertakan LED dwi-tona pada bahagian belakang dalam membolehkan pencahayaan yang lebih semula jadi.


Xiaomi Mi Note


Xiaomi Mi Note


Xiaomi Mi Note


Pada bahagian bateri, ia dilengkapi dengan bateri 3000mAh.


Sedang dikemaskini…






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Note Dilancarkan – Peranti Flagship Terbaru Daripada Xiaomi, Dengan Rekaan Nipis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info