Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WeChat Payment Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

WeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang boleh dikatakan agak popular dikalangan pengguna tempatan. Selain daripada hanya permesejan, aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan beberapa fungsi tambahan, termasuk panggilan suara, saluran rasmi dinamakan WeChat Channel, dan telah memperkenalkan WeChat Games di Malaysia pada tahun lepas.


Terkini, berkongsi mengenai perancangan mereka untuk tahun ini, WeChat mengatakan mereka akan memperkenalkan sokongan pembayaran melalui platform mereka di Malaysia pada tahun ini. Tiada sebarang tarikh diberikan oleh WeChat, tetapi mengatakan mereka sedang dalam usaha untuk memperkenalkan ia secepat mungkin.


WeChat 2015


Menurut WeChat, mereka akan bekerjasama dengan beberapa penyedia tempatan dalam memudahkan pengguna menambah dana pada akaun mereka – dimana dana tersebut boleh digunakan untuk membuat pembayaran bagi beberapa perkhidmatan, selain turut menghantar dan menerima wang daripada rakan-rakan.


Buat masa ini, perkhidmatan pembayaran tersebut sedia popular di China, dimana ia digunakan untuk pelbagai tujuan – termasuk untuk menambah nilai, membuat pembayaran bagi beberapa perkara, membeli barangan, menempah dan membayar teksi, serta pelbagai perkara lain. Perkara sama turut diimplementasikan di Malaysia, apatah lagi dengan pihak WeChat sedia bekerjasama dengan pihak DiGi, EasyTaxi dan beberapa penyedia lain di Malaysia dalam menawarkan saluran rasmi mereka di WeChat.


Sebelum ini, LINE telah memperkenalkan Line Pay untuk pengguna global, namun ia tidak menerima penggunaan yang tinggi buat masa ini – terutamanya di Malaysia. Mungkinkah pengenalan WeChat Payment yang mungkin diperkenalkan akan menerima permintaan yang tinggi dikalangan pengguna?






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WeChat Payment Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info