Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vivaldi – Pelayar Web Baru Untuk Desktop Hadir Daripada Pengasas Opera

Dunia pelayar web desktop boleh dikatakan didominasi oleh Google Chrome, Firefox dan juga Internet Explorer. Namun masih terdapat beberapa pelayar web alternatif dengan komuniti tersendiri, seperti Opera, Maxthon dan terkini sebuah lagi pelayar web baru yang hadir adalah Vivaldi.


Vivaldi


Vivaldi ditawarkan untuk desktop, dimana pengguna Windows, Mac dan Linux boleh menggunakannya. Buat masa ini, Vivaldi ditawarkan dalam bentuk Technical Preview – dimana ia masih belum stabil sepenuhnya dan masih pada peringkat ujian.


Berkongsi mengenai pembangunannya, pihak Vivaldi mengatakan mereka telah membangunkan Opera sebelum ini dengan sokongan komuniti dan para penyokongnya. Namun, dengan perubahan visi Opera untuk masa kini, mereka mengambil langkah untuk hadir dengan Vivaldi. Pelayar web ini dikatakan memfokuskan kepada penawaran pelayaran yang pantas, disamping hadir dengan pelbagai fungsi-fungsi yang memfokuskan sepenuhnya kepada pengguna.


Selain dilengkapi pelbagai teknologi terkini, Vivaldi turut hadir dengan sokongan Speed Dials, kebolehan mengumpulkan sejumlah tab dalam satu dinamakan sebagai Tab Stacks, sokongan mengambil nota dan mencatatkan ia ketika melayari sesuatu web, serta sokongan Quick Commands untuk mengakses beberapa perkara seperti History, Bookmarks dan lain-lain.


Vivaldi


Pihak pembangunnya turut mengatakan yang mana Vivaldi akan turut menyertakan beberapa sokongan lain termasuk sokongan Sync, sokongan Mail dan juga kebolehan menambah pemalam daripada pembangun lain.


Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Vivaldi versi Technical Preview hari ini, dan mencubanya sendiri hari ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivaldi – Pelayar Web Baru Untuk Desktop Hadir Daripada Pengasas Opera"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info