Sembang Maniac

Sembang-sembang je

UMobile Mengemaskini Penawaran Pelan Prabayar Dan Pascabayar

U Mobile sedia digemari ramai pengguna kerana menawarkan pelan telekomunikasi pada harga yang rendah, disamping menawarkan pelan internet pada harga lebih rendah berbanding pesaing. Hari ini, mereka telah mengemaskini penawaran mereka dan membawakan beberapa penambahan baru bersama-sama dengannya.


Melalui pembaharuan yang diumumkan, pelan prabayar UMI20, UMI30 dan juga UMI50 dikemaskini. Masing-masing menawarkan data pada kelajuan tinggi sebanyak 500MB, 1.5GB dan juga 3GB, dan pengguna boleh terus menggunakannya pada kelajuan data rendah selepas kehabisan kuota.


umobile-umi_01


Disamping itu, pihak U Mobile menawarkan minit panggilan percuma sebanyak 20minit/30minit/50minit kepada semua talian, disamping melengkapkan pelan panggilan percuma harian kepada talian UMobile sebanyak 30 minit setiap hari.


Bagi cas panggilan biasa pula, pihak U Mobile mengenakan sebanyak 5sen/30saat ataupun 10sen/minit – sekiranya pengguna telah habis menggunakan minit panggilan percuma yang ditawarkan.


Disamping pelan prabayar, pihak U Mobile turut memperkenalkan pelan pascabayar mereka dinamakan P50 dengan 3GB kuota internet, dan P70 dengan kuota 4.5GB. Pelbagai penawaran lain dilihat lebih kurang sama berbanding penawaran prabayar, tetapi turut membawakan sokongan perkongsian panggilan dan internet ke lebih 3 SIM lain.


UMobile Pascabayar






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "UMobile Mengemaskini Penawaran Pelan Prabayar Dan Pascabayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info