Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus Bakal Umum ROM Android Mereka Tersendiri Dinamakan OxygenOS Pada 12 Februari

OnePlus sedia menawarkan versi pembangunan alfa untuk ROM Android mereka tersendiri pada awal tahun ini, dan kini mereka mengumumkan yang akan melancarkan ROM mereka secara rasminya pada 12 Februari ini. ROM baru ini bakal dikenali sebagai OxygenOS.


OxygenOS


Langkah ini hadir daripada OnePlus setelah pihak Cyanogen tidak membawakan sokongan kepada ROM mereka untuk pengguna OnePlus One di India – kerana mereka telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Micromax. Perkara ini tidak digemari ramai pengguna, termasuk pihak OnePlus sendiri, membuatkan mereka hadir dengan ROM mereka tersendiri.


OnePlus menekankan yang mana ROM mereka akan bebas daripada pelbagai bloatware dan menawarkan pengalaman pengguna yang menarik kepada pengguna.


Mereka menjadualkan untuk berkongsi lebih lanjut mengenai ROM ini pada 12 Februari kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Bakal Umum ROM Android Mereka Tersendiri Dinamakan OxygenOS Pada 12 Februari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info