Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Memperkenalkan Fungsi Direct Message Berkumpulan, Dan Sokongan Perkongsian Video

TwitterTwitter sebelum ini telah mengumumkan akan hadir dengan beberapa fungsi baru, dan hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan dua fungsi baru yang ditambah ke perkhidmatan sosial mereka. Fungsi yang diumumkan hari ini adalah sokongan permesejan berkumpulan, dan juga perkongsian video.


Fungsi Direct Message pada Twitter sedia membolehkan pengguna berkongsi mesej peribadi dengan seseorang. Kini, Twitter turut menyertakan sokongan Direct Message secara berkumpulan, sekaligus membolehkan anda menghantar sesuatu mesej itu kepada lebih daripada seorang pada sesuatu masa.


Dengan sokongan Group pada Direct Message ini, anda boleh menambah rakan-rakan untuk berbual bersama, dan pengguna tidak perlu mengikuti satu sama lain untuk berbual – sebaliknya hanya perlu diikuti oleh pembuat sesuatu Group sahaja.


Twitter DM


Fungsi ini sekaligus memperlihatkan Twitter yang ke arah menyediakan perkhidmatan permesejan peribadi – dan mungkin tidak mustahil sekiranya kita lihat Twitter hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuknya pada masa akan datang.


Satu lagi fungsi baru yang hadir pada aplikasi Twitter adalah sokongan perkongsian video. Kini, selain hanya berkongsi gambar, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi Twitter dalam merakamkan video dan berkongsi terus ke laman sosial berkenaan. Pengguna boleh berkongsi video selama 30 saat melaluinya, dimana selain rakam terus, pengguna turut boleh memilih video daripada galeri mereka untuk dikongsikan (fungsi perkongsian dari galeri hanya terhad untuk pengguna iPhone buat masa ini).


Twitter Video


Seperti biasa, Twitter akan memperkenalkan kedua-dua fungsi baru ini secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang kepada semua pengguna perkhidmatan sosial tersebut.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Memperkenalkan Fungsi Direct Message Berkumpulan, Dan Sokongan Perkongsian Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info