Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung C-Lab Sedang Membangunkan Peranti Boleh-Pakai Untuk Mengesan Serangan Angin Ahmar

Beberapa syarikat teknologi sedia mempunyai sebuah bahagian khusus pada syarikat mereka yang membangunkan beberapa teknologi menarik untuk umat manusia. Samsung tidak ketinggalan, dan mereka mempunyai bahagian dinamakan Creativity Lab (atau C-Lab) yang membangunkan produk baru selain daripad apa yang dijual dan dipasarkan syarikat gergasi berkenaan.


Berkongsi mengenai salah satu produk baru daripada mereka, Samsung mengatakan kini sejumlah jurutera mereka sedang membangunkan sensor untuk peranti boleh-pakai yang boleh mengesan serangan angin ahmar atau turut dikenali sebagai strok.


Samsung mengatakan sejumlah 15 juta orang seluruh dunia yang menerima kesan daripada serangan angin ahmar setiap tahun, dan masalah kesihatan ini merupakan salah satu perkara yang merisaukan ramai pihak.


Samsung EDSAP


Untuknya, Samsung hadir dengan EDSAP (Early Detection Sensor & Algorithm Package), yang mana merupakan peranti prototaip membolehkan mereka mengesan strok menggunakan gelombang yang dihasilkan oleh kepala manusia. Ia dilengkapi dengan beberapa sensor dan berhubung ke telefon pintar atau tablet untuk menganalisa berdasarkan algoritma yang telah ditetapkan mereka.


Melaluinya, Samsung berharap yang mana ia akan memaparkan amaran lebih awal, sekaligus mereka yang terlibat boleh menemui doktor dengan lebih awal dan mengambil langkah-langkah yang telah ditetapkan.


Buat masa ini, produk ini masih lagi pada peringkat kajian dan pembangunan. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai perancangan Samsung dengan EDSAP ini dalam masa beberapa bulan lagi.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung C-Lab Sedang Membangunkan Peranti Boleh-Pakai Untuk Mengesan Serangan Angin Ahmar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info