Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penggunaan Kayu Selfie Diharamkan di Stadium Arsenal Dan Tottenham

Di Malaysia penggunaan kayu selfie sudah popular sejak awal tahun lalu. Tetapi di United Kingdom kayu yang memudahkan pengguna mengambil foto selfi ini baru menjadi kegilaan selepas menjadi antara hadiah paling popular ketika Krismas. Melihat orang ramai menggunakan kayu ini semakin menjadi pemandangan biasa di UK. Tetapi dua kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris kini sudah mengharamkan penggunaan kayu selfie. Arsenal dan Tottenham Hotspurs, dua kelab yang terletak di London mengharamkan penggunaan kayu selfie ketika hari perlawanan berlangsung atas sebab keselamatan. Kayu selfie dikhuatiri boleh digunakan sebagai senjata dalam pergaduhan di dalam stadium. Pengharaman berkuatkuasa serta merta tetapi peminat dua kelab ini masih boleh membawa masuk kayu selfie ketika melawat stadium pada hari tiada perlawanan berlangsung. Pengharaman kayu selfie ini dijangka akan turut dilakukan oleh kelab-kelab bola sepak yang lain atas sebab keselamatan yang sama. Selain kayu selfie iPad juga diharamkan di beberapa stadium seperti Old Trafford kerana ianya menghalang pemandangan penonton lain yang ingin melihat aksi di atas padang.


Thumb-slefie-banned-Arsenal






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penggunaan Kayu Selfie Diharamkan di Stadium Arsenal Dan Tottenham"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info