Sembang Maniac

Sembang-sembang je

L.Y.N.X.9 – Pengawal Permainan Untuk Peranti Pintar Dan PC

Peranti pintar yang kini semakin banyak digunakan sebagai platform untuk permainan. Aplikasi permainan lebih banyak dimuat turun sehingga membuatkan platform konsol dan PC mengalami pernurunan jualan. Secara peribadi saya kurang gemar aplikasi permainan pada peranti pintar kerana sukar mengawal menggunakan skrin sesentuh. Sebagai contoh aplikasi Grand Theft Auto San Andreas yang saya beli tahun lalu sehingga kini gagal saya habiskan kerana skema kawalan skrin sesentuh yang tidak mesra pengguna. Apa yang diperlukan ialah alat kawalan fizikal yang sesuai digunakan dengan peranti. Jika anda ada PS3/PS4 dan peranti Xperia masalah ini dengan mudah diselesaikan dengan menambat DualShock kepada peranti anda. Sokongan ini tidak ada pada peranti bukan Sony.


LYNX-9-1


Oleh itu anda mungkin boleh membeli Mad Catz L.Y.N.X.9, yang bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pintar dan tablet malahan juga untuk PC. Saiz pengawal Bluetooth ini boleh diubah mengikut kehendak pemain dan menyokong tablet bersaiz 7″. Ianya mempunyai rekaan modular dengan papan kekunci fizikal yang boleh ditanggalkan bila tidak diperlukan. Selain daripada itu ianya juga boleh dilipat untuk memudahkan simpanan. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah robot Transformers. Buat masa ini ia menyokong platform Android, Windows Phone dan PC. Berita buruk disini ialah Mad Catz L.Y.N.X.9 dijual pada harga $300 sebuah.


LYNX-9-2






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "L.Y.N.X.9 – Pengawal Permainan Untuk Peranti Pintar Dan PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info