Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Lumia 1520? Anda Boleh Naik-Taraf Peranti Anda Kepada Lumia Denim Hari Ini

Microsoft nampaknya telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia Denim kepada pengguna peranti Windows Phone dengan lebih aktif akhir-akhir ini, dimana selepas menawarkan kemaskini kepada Lumia 930 pada malam semalam, kini mereka turut telah menawarkan kemaskini sama kepada pengguna Lumia 1520.


Nokia Lumia 1520


Lumia 1520 sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia pada November 2013 yang lepas. Ia merupakan telefon pintar dibawah kategori phablet daripada Nokia (ketika itu) – membawakan skrin bersaiz 6-inci. Sehingga kini, masih ramai mengemarkannya, dan menantikan kemaskini untuk keluarga peranti berkenaan.


Melalui kemaskini Lumia Denim ini, beberapa fungsi baru disertakan oleh Microsoft, termasuk sokongan kamera yang lebih baik berbanding sebelumnya.


Bagi pengguna peranti Lumia 1520, anda boleh mengemaskini peranti anda hari ini dengan ke halaman Settings dan memilih Phone Update. Mungkin anda ingin menghubungkan peranti anda kepada rangkaian WiFi terlebih dahulu supaya ia tidak memberikan impak kepada kuota data anda.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Lumia 1520? Anda Boleh Naik-Taraf Peranti Anda Kepada Lumia Denim Hari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info