Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Menggunakan Tablet Android? Kini Anda Boleh Menguji Microsoft Office (Word, Excel Dan Powerpoint)

Office OnlineMicrosoft dibawah CEO baru Satya Nadela telah mula memfokuskan kepada penawaran multi-platform. Mereka sedia menawarkan Office untuk Android, dan telah menguji versi tablet sejak penghujung tahun lepas. Terkini, selepas ujian hanya ditawarkan secara terhad, pihak Microsoft mengambil langkah untuk menawarkan versi ujian untuk pengguna tablet Android seluruh dunia.


Kini, semua pengguna tablet Android boleh menguji aplikasi Microsoft Office iaitu Word, Excel dan juga PowerPoint terus pada tablet, sekaligus memudahkan anda membuat dan menyunting dokumen menggunakan tablet anda.


Microsoft mengatakan versi preview ini hanya dioptimasikan untuk pengguna tablet Android KitKat dan Lolipop, serta menggunakan cip berasaskan ARM, serta bersaiz sekitar 7-inci ke 10.1-inci sahaja.


Bagi anda yang menggunakan tablet Android yang menyokongnya, serta banyak menggunakan dokumen berasaskan format Microsoft Office, mungkin boleh mencuba versi preview untuk Word, Excel dan Powerpoint, serta menggunakannya dalam tugasan anda.









Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menggunakan Tablet Android? Kini Anda Boleh Menguji Microsoft Office (Word, Excel Dan Powerpoint)"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info