Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Mengemaskini Alienware 15 Dan 17 – Membawakan Rekaan Yang Lebih Nipis

Dell hari ini bersempena dengan CES 2015 telah memperkenalkan beberapa produk, dan salah satunya adalah kemaskini kepada keluarga Alienware mereka. Komputer riba memfokuskan permainan dan multimedia ini hadir dalam variasi Alienware 15 dan juga Alienware 17 – dimana kedua-dua versi baru ini lebih 20% nipis berbanding versi sebelumnya.


Dell Alienware 2015


Komputer riba gaming ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-lima, dimana Dell menawarkan pilihan sehingga kepada Intel Core i7, memori sehingga 16GB RAM, dan juga kad grafik NVIDIA GTX 980M. Dari penggunaan masa bateri, pihak Dell mengatakan ia mampu beroperasi sehingga 7 jam lamanya.


Pihak Dell juga turut menawarkan pilihan kad grafik AMD Radeon R9 M295X untuk versi 15-inci, selain pilihan skrin dengan resolusi sehingga 4K untuk model sama.


Untuk mereka yang inginkan kuasa grafik tambahan, dan pada masa yang sama tidak membawa komputer riba anda ke mana-mana, pihak Dell turut menawarkan sokongan Alienware Graphics Amplifier untuk komputer riba Alienware baru ini. Melalui port ini, pengguna boleh menghubungkan komputer riba Alienware kepada sebuah kotak dipanggil Alienware Graphics Amplifier. Dengan menghubungkannya, pengguna boleh mendapatkan kuasa gaming yang lebih tinggi berbanding apa yang hadir terbina pada komputer riba berkenaan.


Pihak Dell menjadualkan sebuah acara khusus pada minggu hadapan di rantau Asia Pasifik ini, dimana mereka dijangka akan berkongsi lebih maklumat berkaitan dengan komputer riba ini pada acara tersebut.


Dell Alienware 2015






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Mengemaskini Alienware 15 Dan 17 – Membawakan Rekaan Yang Lebih Nipis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info