Sembang Maniac

Sembang-sembang je

VAIO Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Berspesifikasi Pertengahan – Menyasarkan Pasaran Jepun

Sony VAIO PPada tahun ini, Sony telah menjual VAIO, membuatkan VAIO hadir sebagai syarikat berasingan, yang mana memfokuskan kepada komputer riba. Kini, dengan dunia lebih tertumpu kepada peranti mudah-alih, syarikat VAIO yang baru ini turut dilihat akan menawarkan telefon pintar mereka kepada umum.


Untuk tujuan ini, pihak VAIO bekerjasama dengan Japan Communications, salah satu MVNO di Jepun. VAIO dan Japan Communications menyasarkan untuk memasarkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan.


Ia turut dikatakan akan membawakan elemen rekaan menyerupai apa yang dibawakan oleh komputer riba VAIO. Ia tidak diketahui lagi sama ada mereka akan bergantung kepada platform Android, ataupun menggunakan platform lain seperti Windows Phone.


Walaupun VAIO tidak akan bersaing dengan Sony dalam arena telefon pintar berspesifikasi tinggi, tetapi beberapa penganalisa mengatakan ia mungkin memberikan kesan terhadp pemasaran Sony.


VAIO buat masa ini hanya memfokuskan kepada pasaran di Jepun sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah mereka akan memasarkan produk pada peringkat global.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "VAIO Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Berspesifikasi Pertengahan – Menyasarkan Pasaran Jepun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info