Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu MX4 32GB Akan Mula Dijual Bermula 30 Disember – Berharga RM1299

Meizu telah sedia memasuki pasaran Malaysia sebelum ini dan menawarkan Meizu MX4 untuk pasaran tempatan. Ketika pengenanaln tempoh hari, mereka hanya menawarkan Meizu MX4 dengan storan sebesar 16GB sahaja, dan hari ini mereka secara rasminya mengumumkan akan menawarkan versi 32GB bermula 30 Oktober kelak.


Meizu MX4


Meizu MX4 menggunakan skrin bersaiz 5.36-inci daripada Sharp, cip pemprosesan lapan teras daripada MediaTek MTK6595, kamera 20.7-megapixel daripada Sony, dan dilengkapi bateri 3100mAh. Meizu MX4 tidak menyertakan sebarang ruangan kad-SD dan mungkin penawaran saiz storan lebih besar ini akan menarik bagi mereka yang mempunyai pelbagai fail media terutamanya lagu dan video. Meizu MX4 versi 32GB ini akan ditawarkan dalam warna kelabu dan emas untuk pasaran Malaysia.


Meizu MX4 ini akan ditawarkan secara online melalui Lazada. Pihak Meizu turut menyasarkan untuk membawa masuk Meizu MX4 Pro ke Malaysia tidak lama lagi, selain turut membuka sehingga 6 pusat khidmat di Malaysia tidak lama lagi.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu MX4 32GB Akan Mula Dijual Bermula 30 Disember – Berharga RM1299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info