Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Akan Menawarkan PlayStation Now Untuk Pengguna Samsung Smart TV Bermula Awal 2015

PlayStation Now merupakan perkhidmatan permainan berbentuk penstriman daripada rangkaian internet, membolehkan pengguna mengakses permainan PlayStation 3 menggunakan konsol PlayStation 4, PlayStation Vita atau televisyen Bravia, dan memainkan melaluinya. Ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, dan dijangka akan diperluaskan ke beberapa negara lain pada awal 2015 kelak.


PlayStation Now


PlayStation Now


Menariknya, selain daripada penawaran PlayStation Now ke platform milik Sony sahaja, mereka turut akan memperluaskan ia kepada beberapa platform lain. Salah satu yang akan menerimanya pada awal tahun 2015 kelak adalah Samsung Smart TV.


Samsung dan Sony hari ini telah mengumumkan kerjasama, mengatakan PlayStation Now akan ditawarkan pada beberapa televisyen terpilih Samsung Smart TV pada awal tahun 2015. Tetapi, agak mendukacitakan kerana ia akan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu (mungkin juga kerana PlayStation Now hanya ditawarkan disana buat masa ini).


Buat masa ini, PlayStaion Now masih lagi ditawarkan dalam bentuk beta, dan pengumuman ini sekaligus memperlihatkan Sony membawa pelbagai perkhidmatan mereka kepada pelbagai platform dan bukan untuk platform milik mereka sahaja – yang mana mungkin merupakan suatu perkara yang baik.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Akan Menawarkan PlayStation Now Untuk Pengguna Samsung Smart TV Bermula Awal 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info