Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon AppStore Menawarkan Pelbagai Aplikasi Percuma – Termasuk Worms 3, Plex, Wolfram Alpha Dan Sonic The Hedgehog 2

Amazon sentiasa hadir dengan pelbagai promosi untuk beberapa perayaan. Hari ini, bersempena dengan Hari Natal, pihak Amazon AppStore menawarkan sehingga 25 aplikasi berbayar secara percuma untuk para pengguna peranti Android dan juga BlackBerry. Amazon mengatakan nilai keseluruhannya mencapai lebih $220.


Melalui penawaran pecuma Amazon kali ini, antara aplikasi menarik yang boleh dimuat-turun adalah termasuk permainan Worms 3, permainan Sonic The Hedgehog 2, pengurus media Plex, dan juga aplikasi Wolfram Alpha. Selain daripadanya, beberapa aplikasi menarik lain turut ditawarkan secara percuma oleh Amazon.


Untuk mendapatkan Amazon AppStore, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun aplikasi berkenaan, dan memasangnya pada peranti Android atau BlackBerry. Selepas itu, anda boleh mendaftar masuk untuk menggunakannya, dan seterusnya memuat-turun pelbagai aplikasi percuma yang ditawarkan mereka ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon AppStore Menawarkan Pelbagai Aplikasi Percuma – Termasuk Worms 3, Plex, Wolfram Alpha Dan Sonic The Hedgehog 2"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info