Salah satu syarikat penstriman laman lucah hari ini telah mengeluarkan statistik semasa mereka – lebih kurang seperti beberapa syarikat internet lain, dimana memperlihatkan pengguna di Kuala Terengganu dan Kota Bharu antara yang paling lama menghabiskan masa melayari laman lucah.
Secara purata, mengikut syarikat penstriman tersebut, pengguna di Kuala Terengganu menghabiskan masa hampir 13 minit untuk melayari laman berkenaan, diikuti oleh Kota Bharu pada 12:27. Menduduki tangga seterusnya mengikut masa paling lama dilayari adalah Miri, Kuantan, Kota Kinabalu, Melaka, Kuching, Putrajaya, Ipoh dan juga George Town.
Selain kemungkinan menghabiskan masa yang lama, pihak syarikat penstriman mengatakan perkara ini juga mungkin kerana masa pemuatan yang agak lama berbanding kebiasaan.
Apa pun, SKMM tidak mengalakkan pengguna melayari laman lucah kerana ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan akidah. SKMM sendiri telah menutup akses ke sejumlah laman lucah, tetapi ia dilihat pengguna masih dapat mengaksesnya dengan mengubah beberapa perkara.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Pantai Timur Antara Yang Menghabiskan Masa Paling Lama Melayari Laman Lucah"