Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kamera Premium Samsung NX1 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM4699

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan kamera premium profesional baru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung NX1. Ia membawakan pelbagai spesifikasi terkini dalam membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan profesional dan cantik menggunakannya.


Samsung NX1


Samsung mengatakan NX1 ini hadir sebagai salah satu alternatif kepada pengguna DSLR sebagai kamera profesionl, dimana NX1 dilengkapi dengan sokongan rakaman 15FPS (autofokus berterusan), sensor 28-megapixel APS-C BSI CMOS, dan turut hadir dengna sokongan rakaman video dalam bentuk 4K menggunakannya tanpa keperluan sebarang peralatan tambahan. Kamera ini turut hadir dengan ViewFinder bersaiz 3-inci, yang mana menurut Samsung menawarkan paparan gambar dan video amat terang seperti dunia-nyata.


Selain itu, pihak Samsung turut melengkapkan NX1 ini dengan sokongan WiFi untuk memudahkan pemindahan rakaman, selain turut hadir dengan sokongan Bluetooth untuk menghubungkan ia kepada telefon pintar atau tablet dan menggunakan sokongan Samsung Smart Camera.


Samsung turut melengkapkan ia dengan lensa NX terbaru, iaitu 50-150mm 2.8 S ED OIS F2.8, yang mana boleh dibeli secara berasingan. Samsung NX1 akan dijual pada harga RM4699 (badan sahaja), dan turut ditawarkan dengan pakej lensa 16-50mm pada harga RM8699.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera Premium Samsung NX1 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM4699"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info