Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Menawarkan Produk Dan Perkhidmatan Mereka Dalam Variasi Mesra Kanak-Kanak

Kebanyakkan produk yang mempunyai akses ke internet ditetapkan kepada pengguna berusia 13 tahun memandangkan kebanyakkan kandungan sukar untuk ditapis dan sebagainya. Kini, Google dilaporkan ingin mengubah dan memudahkan lagi pengguna kanak-kanak mengakses dan menggunakan perkhidmatan mereka tanpa risau akan beberapa perkara yang sering menjadi igauan.


Untuk perkara tersebut, Google dikatakan akan memperkenalkan beberapa produk popular mereka dengan versi khusus untuk kanak-kanak bermula tahun hadapan – terutamanya untuk mereka yang berusia dibawah 12-tahun.


Antara produk yang dikatakan akan diperkenalkan dalam variasi mesra kanak-kanak adalah termasuk YouTube, Google Search dan juga pelayar web Google Chrome.


Memberikan contoh penggunaan ke USA Today, kanak-kanak lebih suka membuat carian dengan satu atau dua suku kata, dan inginkan carian yang mereka inginkan. Sebagai contoh, untuk carian berkaitan “Train”, kanak-kanak ingin melihat beberapa hasil carian berkaitan animasi, dan bukannya hasil seperti jadual perjalanan dan sebagainya.


Pengenalan ini dikatakan mungkin akan menjadi kontroversi dikalangan beberapa pihak. Tetapi bagi Google, mungkin kerana kebanyakkan kanak-kanak sedia mengakses internet pada hari ini, mungkin ianya lebih baik untuk menjadikan ia mesra kanak-kanak dan membolehkan mereka menggunakannya tanpa sebarang kerisauan. Berkemungkinan, Google turut akan menyediakan sebuah ruangan khusus untuk ibu bapa bagi melihat apakah yang diakses dan dilayari anak-anak mereka.


Buat masa ini, Google tidak mengeluarkan sebarang tarikh untuk pengenalannya. Mungkin gergasi carian tersebut akan berkongsi lebih lanjut mengenainya pada tahun hadapan.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Ingin Menawarkan Produk Dan Perkhidmatan Mereka Dalam Variasi Mesra Kanak-Kanak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info