Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Melancarkan Xiaofang Smart IP Camera – Kamera Litar Tertutup Dengan Dwi-Lensa

Bagi yang tidak biasa dengan jenama Xiaofang, ia adalah jenama yang digunakan pada kamera sekuriti oleh Xiaomi. Kamera sekuriti daripada Xiaomi ini boleh diselarikan dengan ekosistem Mi Home dan ia adalah antara kamera sekuriti yang ditawarkan pada harga berpatutan. Terkini, Xiaomi melancarkan Xiaofang Smart IP Camera dengan sistem dwi-lensa yang boleh berputar untuk merakam video 360 darjah.

Keunikan pada Xiaofang Smart IP Camera ini adalah tetapan lensa kameranya. Satu lensa terletak di hadapan dan lensa kedua terletak pada bahagian belakang. Rekaan kamera ini adalah seperti kuboid yang memanjang dan pada tapak terdapat lubang untuk disambungkan pada dinding atau siling. Kedua-dua lensa kamera ini mempunyai bukaan f/2.0 dengan sudut lebar 210 darjah.

Kedua-dua sensor kamera sekuriti ini mampu berfungsi secara berasingan seperti sensor hadapan merakam bahagian hadapan dan sensor belakang disebaliknya. Selain itu, kamera ini boleh merakam 4 bahagian secara langsung dan sensor-sensornya boleh bekerjasama untuk merakam video 360 darjah. Data-data daripada kamera ini dilindungi dengan teknologi penyulitan dan boleh diselarikan pada storan awan atau juga melalui kad mikroSD. Tambahan lain, kamera sekuriti ini juga mempunyai sokongan mod malam, WiFi, infra merah dan juga sokongan realiti maya.

Disebabkan model kamera ini masih baru, Xiaomi melancarkannya melalui laman biayasama Youpin bagi mengumpul minat. Ia ditawarkan pada harga hanya RMB199 (~RM124) sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Melancarkan Xiaofang Smart IP Camera – Kamera Litar Tertutup Dengan Dwi-Lensa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info