Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Nova 3e Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1399

Hari ini sebuah lagi peranti Huawei secara rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Huawei Nova 3e ialah peranti tersebut dan sekiranya anda sedikit keliru, ia sebelum ini turut dikenali sebagai Huawei P20 Lite di pasaran luar Malaysia.

Huawei Nova 3e hadir dengan skrin 5.84 inci LTPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses HiSilicon Kirin 659, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Tiada sokongan mikro-SD yang disertakan pada telefon pintar ini.

Pada bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 24-Megapixel f/2.o manakala kamera utama di bahagia belakang pula 16+2 Megapixel f/2.2. Sebuah bateri sebesar 3000mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas.

Nova 3e ini turut menggunakan Android 8.0 Oreo dilengkapi antaramuka EMUI 8.0. Di Malaysia peranti ini dijual bermula 25 Mei ini pada harga RM 1399 sebuah. Tetapi sehingga 31 Mei ini ia akan ditawarkan pada hara istimewa RM 1320 sahaja. Sebuah Huwei Tripod Selfie Stick bernilai RM68 turut akan diberikan percuma dengan setiap pembelian.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Nova 3e Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info