Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Perkongsian “Stickers” Tidak Lama Lagi

Sejumlah aplikasi permesejan pada hari ini sedia menawarkan sokongan perkongsian stickers pada aplikasi mereka. Kini, WhatsApp turut akan mengikut jejak, dan dijangka memperkenalkan sokongan Stickers dalam masa terdekat.

WhatsApp Messenger

Bagi anda yang tidak mengenali akan Stickers, ia boleh dikatakan sebagai grafik bersaiz sedikit besar berbanding dengan emoji. Ia sering digunakan pengguna dalam memaparkan reaksi mereka ketika sedang bersembang dengan rakan-rakan lain pada perkhidmatan permesejan.

Buat masa ini, WhatsApp masih belum berkongsi info lanjut mengenai penawaran sticker ini, termasuk bagaimana untuk menerbitkan kandungan tersendiri dan sebagainya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Perkongsian “Stickers” Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info