Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Bakal Menambah Sokongan Tema Gelap Bersama-Sama Rekabentuk Antaramuka Baru

Facebook pada hari ini telah mengumumkan pengenalan antaramuka baru untuk Messenger yang menjadikan aplikasi berkenaan lebih kemas dan mudah digunakan berbanding hari ini. Ia juga akan membuang pelbagai pautan dan menu yang tidak penting, sekaligus memfokuskan sepenuhnya kepada permesejan.

Bersama-sama antaramuka baru tersebut kelak juga, Messenger turut akan menawarkan sokongan tema gelap – salah satu permintaan ramai pada pelbagai aplikasi hari ini.

Messenger Dark Mode

Dengan penyertaan sokongan ini, ia sekaligus akan memudahkan anda berkomunikasi ketika persekitaran malap tanpa menyakitkan mata. Disamping itu, ia juga akan serba sebanyak membantu dari segi penggunaan bateri pada telefon pintar berasaskan skrin OLED.

Messenger Dark Mode

Buat masa ini, tarikh pengenalan Messenger baru ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan dapat melihatnya dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Bakal Menambah Sokongan Tema Gelap Bersama-Sama Rekabentuk Antaramuka Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info