Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-ura) Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 Bakal Dimuatkan Dengan Pemproses Grafik GP104

Cip pemprosesan grafik merupakan komponen yang cukup penting didalam binaan sesebuah kad grafik. Kad-kad grafik didalam siri yang sama tidak semestinya menggunakan cip grafik yang sama, dan ini dapat dilihat dalam perbezaan prestasi kad-kad tersebut.

Terkini, terdapat ura-ura bahawa NVIDIA akan menggunakan pemproses grafik GP104 yang digunakan didalam kad-kad grafik seperti NVIDIA GeForce GTX 1070 dan GTX 1080 pada kad grafik NVIDIA GTX 1060.

Ini cukup menarik kerana NVIDIA sudahpun mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan kad-kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 dengan memori GDDR5 5GB dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan memori GDDR5 3GB.

Dari segi prestasi, ia dikatakan bahawa penggunaan pemproses grafik GP104 ini tidak mendatangkan sebarang peningkatan prestasi pada kad tersebut berbanding dengan pemproses GP106 yang digunakan sebelum ini.

Ini hanya dilakukan untuk menghabiskan stok GPU tersebut sebelum kad grafik berasaskan Volta/Ampere/Turing diumumkan untuk pasaran dunia.

Selain dari itu, spesifikasi lain kad grafik tersebut, termasuklah penggunaan memori GDDR5 sebanyak 6GB tidak akan melihat sebarang perubahan, dan akan kekal seperti sama.

Bukan itu sahaja, ia juga dilihat bahawa kad grafik “baru” ini akan dijual di pasaran China sahaja, sama seperti kad-kad grafik NVIDIA GTX 1050 dan GTX 1060 yang menerima kemaskini memori tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-ura) Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 Bakal Dimuatkan Dengan Pemproses Grafik GP104"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info