Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tencent Menerima Kebenaran Untuk Menguji Kereta Swapandu Di Shenzhen, China

Tencent merupakan salah satu gergasi internet dari China, dimana mereka mempunyai sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk WeChat, pelbagai permainan popular termasuk PUBG dan lain-lain perkhidmatan menarik. Terkini, Tencent turut telah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Shenzhen untuk menguji kenderaan swapandu.

Tencent AD Lab

Tencent sebelum ini telah menubuhkan Tencent Autonomous Vehicle Laboratory pada penghujung tahun lepas, dan kini ia dilihat pihak Tencent telah mula mengujinya pada keadaan dunia sebenar.

Selain di Shenzhen, beberapa syarikat juga telah mula menguji kereta swapandu mereka di Shanghai, China.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ujian teknologi milik Tencent, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dikomersialkan kepada pengeluar kenderaan lain.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tencent Menerima Kebenaran Untuk Menguji Kereta Swapandu Di Shenzhen, China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info