Storan luaran SSD nampaknya semakin menular kebelakangan ini, dengan pelbagai golongan profesional inginkan sebuah storan yang bukan sahaja mudah dibawa, tetapi juga cukup pantas untuk digunakan untuk tujuan kerja dimana-mana sahaja.
Sony merupakan jenama terkini untuk memperkenalkan storan SSD luaran ini, dan siri storan ini dinamakan Sony SL-E, yang hadir dengan rekaan minimalis yang cukup terkenal dikalangan peranti-peranti Sony sebelum ini.
Storan SL-E ini hadir dengan rekaan cangkerang plastik berwarna hitam, dan dilengkapi dengan port USB 3.1 Type-C dan kabel USB Type-A yang boleh digunakan dengan pelbagai peranti yang berbeza, termasuklah komputer riba, PC, kamera dan sebagainya.
Dari segi storan, Sony SL-E ini hadir dengan tiga model dengan jumlah storan yang berbeza, termasuklah 240GB, 480GB dan juga 960GB, dan Sony berkata bahawa setiap storan SL-E ini hadir dengan kelajuan penghantaran data 540MB/s (baca) dan 520MB/s (menulis).
Kesemua storan Sony SL-E ini akan tiba di pasaran antarabangsa pada harga bermula €169 /£149 untuk storan bersaiz 240GB, €289 /£249 untuk storan bersaiz 480GB dan €499 /£429 untuk storan bersaiz 960GB.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Siri Storan SSD Luaran SL-E – Hadir Dengan Storan Sebesar 960GB"