Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Laptop Acer Nitro 5 Dengan APU AMD Ryzen 5 Dan Kad Grafik AMD Radeon RX560 Kini Di Pasaran Malaysia

Beberapa bulan yang lalu, sewaktu pengumuman pelancaran APU Ryzen oleh AMD, pihak Acer Malaysia telah mengumumkan bahawa merekan akan membawa masuk sebuah laptop Acer Nitro 5 yang hadir dengan APU AMD Ryzen dan juga kad grafik AMD Radeon.

Hari ini, di acara pengumuman Taiwan Excellence Intercollege Battleground, pihak Acer Malaysia mengumumkan bahawa laptop Acer Nitro 5 tersebut akan memasuki pasaran tempatan bermula hari ini.

Pihak Acer Malaysia juga telah mengesahkan spesifikasi laptop tersebut, yang bukan sahaja akan hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan skrin IPS, APU Ryzen 5 2500U, memori DDR4 4GB, storan SSD 128GB dengan cakera keras 1TB dan juga kad grafik AMD Radeon RX560.

Dari segi I/O, laptop ini hadir dengan satu port USB 3.1 Type-C, satu port USB 3.0 Type-A, dua port USB 2.0 dan sebuah pembaca kad SD. Dari segi bateri, Acer menjanjikan bahawa laptop ini akan hadir dengan jangkahayat bateri selama 7 jam dengan satu pengecasan penuh.

Laptop Acer Nitro 5 dengan komponen AMD ini sudahpun mula dijual di pasaran Malaysia hari ini pada harga RM3399, dan boleh dibeli di kedai-kedai pengedar Acer hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laptop Acer Nitro 5 Dengan APU AMD Ryzen 5 Dan Kad Grafik AMD Radeon RX560 Kini Di Pasaran Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info