Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Quulo – Satu Lagi Perkhidmatan Tempahan Pengangkutan Ke Destinasi Untuk Pengguna Tempatan

Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang membolehkan pengguna untuk membuat tempahan ke destinasi, seperti Grab dan juga MyCar. Kini, salah satu perkhidmatan yang turut telah mulakan operasi di Lembah Klang adalah Quulo.

Quulo dilihat menawarkan harga tempahan yang sedikit kompetitif berbanding beberapa perkhidmatan lain, dan menyediakan beberapa pilihan kenderaan – termasuk teksi. Daripada pengamatan kami, antaramuka aplikasi Quulo ini nampaknya mengambil inspirasi daripada Uber.

Quulo Android

Buat masa ini, Quulo hanya menawarkan kemudahan bayaran secara tunai sahaja – tetapi tidak mustahil kita melihat mereka turut menambah sokongan kad debit atau kredit pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba aplikasi Quulo ini di Android dan iOS hari ini. Anda turut boleh menggunakan kod MAY10 untuk diskaun tambahan.

Muat-Turun Quulo untuk Android

Muat-Turun Quulo untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Quulo – Satu Lagi Perkhidmatan Tempahan Pengangkutan Ke Destinasi Untuk Pengguna Tempatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info